Monday, July 18, 2011

Hai bloggers...dah lama aku tak menulis disini....

Hai bloggers...dah lama aku tak menjengah ruangan aku ni...terasa janggal dan kekok pulak...hahaha..but anyway, lately aku sibukkkkk sangat dengan kerja yang tak henti2 datang bertimbun....dengan ops asap hitam kenderaan, dgn lawatan kilang2, pameran2 alam sekitar dan banyak lagi laaaa....penatttt but worth it jugak la...dapat claim masyukkkkk...hehehe...
Tapi dalam kesibukkan aku tu, sempat jugaklah aku melaram berangan nak jadi model tuh.....adalah dalam beberapa keping photoshoot diambil oleh kawan ofis aku untuk dikongsi bersama...tapi jangan kutuk tau....komen yg baik2 jer yer....hahahaa.....
Ok, here it is! ;-)




Thursday, December 30, 2010

Operasi Pemeriksaan Pelepasan Asap Hitam Kenderaan Diesel


Bertemu kita sekali lagi dalam ruangan kisah sang arjuna...chewahhhh...hehehe....oklah...kali ni aku nak cerita pasal kerja aku pulak....hah, seperti yang kelihatan di atas ni...aku dengan penuh kesedaran alam sekitar telah menutup mulut dan hidung aku menggunakan "mask" yang disediakan ketika menjalankan ujian pelepasan asap hitam kenderaan enjin diesel....ya, inilah sebahagian daripada tugas aku sebagai penguatkuasa undang2 alam sekitar Malaysia......Pasti ramai yang tidak mengetahui betapa pentingnya untuk kita sebagai orang awam untuk sentiasa memeriksa dan menservis kenderaan masing2 bagi mengenalpasti tahap pelepasan asap hitam dari kenderaan kita..... (bagi org yang memiliki kenderaan la...yang takde tu buat2 faham jelah yer....hikhik)......Tapi tak semestinya kenderaan berenjin diesel sahaja yang perlu diperiksa, tetapi jugak kenderaan enjin petrol pun hendaklah sentiasa di periksa tahap pelepasan CO dan HC....(aku dah periksa belom ni?????....hehehe)......Disini, kita dapat lihat betapa pentingnya peranan Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan pelepasan asap hitam dan jugak CO/HC dari kenderaan2 yang berlegar2 di atas muka bumi ini daripada membebaskan pelepasan asap hitam sewengang-wenangnya tanpa kawalan yang sepatutnya...... :-) Oklah...nanti kita sambung citer lagi....see you :-) Assalamualaikum....Salam 1 Malaysia... :-)

Monday, December 27, 2010

Lagu2 karok yang aku teringin nak nyanyi dan nyanyi lagi...hehe...

Setiap org masing2 punya hobi tersendiri...termasuklah aku...hobi aku memang suka karok...tak kisahlah suara sumbang mambang ka..apa ka...lari ke laut ka..ke gunung ka...yang penting happy bah kan...bukannya karok ni hanya untuk tunjukkan kehebatan dan kebolehan untuk menyanyi...bukannya nak pi ujibakat AF ka apa ka...hanya untuk suka2 aja bah.... LoL ....ok berbalik pada lagu2 yang mmg aku suka dan teringin nak nyanyi dan nyanyi lagi antaranya...jeng jeng jeng....aku senaraikan dari toplist ke bottomlist...hehe...

1) Khatimah Cinta-sixth sense....walaupun pitching lari aku hentam je nyanyi....hehehe
2) Cinta Ini Membunuhku- D'Massiv.....Lagu ni first time aku dengar mmg best giler...walaupun aku nyanyi sumbang aku hentam aje lah....hahaha LoL
3) Permintaan Hati-Letto.... lagu ni first aku dengar time kawan aku satu kursus nyanyi masa kat PD.....memang power jugak la suara kawan aku tu nyanyi....dan aku pun terus la suka sgt kat lagu ni.....lagi sekali suara kesumbanganku akan terus berkumandang didalam bilik karok.... LoL
4) My Baby You-Marc Anthony.....hahhhh....lagu ni adalah lagu wajib aku la kalau time karok....mesti aku akan cari lagu ni dan nyanyi dengan penuh perasaan...lagi2 bab time chorus tuh...fuyoooo.ambik feellll...marc anthony pun boleh "angkat tangan" kalau dgr aku nyanyi...chehhhhh..hehehehe....lagi satu yg aku suka lagu ni bila part akhir lagu tuh.."arianna i feel...so alive"........hehehe....
5) Korang senaraikan la lagu2 karok yg korang teringin nak nyanyi tuh...nanti aku tolong nyanyikan walapun sumbang mambang pitching lari entah kemana...heheheh.. :D

Salam 1Malaysia....

Salam semua...aku ni kira "first timer" jugak la dalam dunia blogger ni...seblum ni asyik baca blog org lain jer...so skg ni dah sampai masanya tuk aku berkongsi cerita cerita tentang kehidupan dengan kawan2 semua.....so, here it come....this is me....Azman Salamon...mari kita berkongsa cerita ceriti suka suki duka duki....heheh...jangan malu jangan segan.... :-)